Falling Snowflakes

Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

MP3 Player

Monday, 28 April 2014

KECELARUAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK - POSITIF & NEGATIF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. We meet again. Hari nie saya nak cerita pasal tabiat, sikap, sifat dan habit anak-anak yang positif dan negatif. Ada juga sifat yang boleh dimaafkan. Nanti saya cerita. 

Sepanjang saya mengajar mereka sejak dari tadika lagi saya dah banyak tengok ragam mereka nie. Apa yang lebih penting kita sebagai guru haruslah ada sifat sebagai seorang ibu atau bapa yg menyayangi dan memahami mereka. Kita mesti SABAR dengan perangai mereka. Kalau tak ada sifat SABAR tu kita x boleh handle budak2 nie. Sifat SABAR tu mesti ada sedalam-dalamnya. 

Saya nak share dengan anda semua terutama sekali ibu bapa. Bagaimana sikap mereka ketika anda mengajar mereka buat homework, membaca, menulis dan sebagainya. Kalau anak anda dah pandai bawa diri tu OK la. Berikut merupakan ciri-ciri sikap anak-anak yang positif :-
  1. Rajin 
  2. Suka berbual dengan guru
  3. Fokus apa yang guru ajar
  4. Bersemangat memperbaiki kelemahan yang ada
  5. Rajin bertanya kalau tak faham
  6. Ikut arahan guru
  7. Dengar dengan teliti apa yang guru katakan
  8. Ingin tahu 
Jika sikap-sikap begini ada pada mereka, InsyaAllah mereka akan berjaya. Guru pun rasa puas hati setelah apa yang diajar tu mereka ikut dan praktikkan. Kalau mereka bersemangat nak belajar, guru pun 2x ganda semangatnya nak mengajar.

Ada juga sifat anak-anak yang boleh dimaafkan yang menyebabkan mereka mengalami masalah pembelajaran. Contohnya :-
  1. DISLEKSIA - Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya. Sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah tetapi seseorang disleksia tidak berupaya mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. Ciri-ciri disleksia :
  • Disleksia visual (penglihatan) 
         Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti: m – w , y –g – j, u – n, 
m – n , c – e, p – q, h – n, b – d. Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti: t - h, f-v.
  • Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori. Masalah tersebut adalah kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. 
  • Disleksia visual-auditori 
Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio. Ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada 
rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti: batu – tuba / gula – lagu. 
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama – dapa masa yang masa. Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut : Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu : Jam – jem / cat – cat. Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut : 
3 – 5 – 8 / 9 – 6-2 
  • Masalah pengurusan diri, fizikal dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai  mengikat tali kasut. 
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh.
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah 
 serta pengamatan yang lemah. 

Punca-punca disleksia
  • Keturunan atau genetik
  • Kematangan - Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia 
  • Biologi - Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum.
     2.  SLOW LEARNER/LEMBAMKita dapat lihat perbezaan antara kanak-kanak yang normal dengan kanak-kanak slow learner ini. Salah satu ciri yang kita dapat lihat adalah dari segi pencapaian pelajaran / akademik. Pencapaian dalam pelajaran / akademik mereka adalah berbeza. Di mana kanak-kanak normal akan dapat mengikuti pembelajaran ketika guru mengajar, manakala kanak-kanak slow learner akan ketinggalan dan tidak dapat mengikut apa yang telah diajar oleh guru. Selain itu, kanak-kanak slow learner ini selalunya adalah pendiam / tidak aktif dan tidak banyak bercakap. Mereka juga sukar menerima arahan. Ciri-ciri lain adalah seperti mereka tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa, tulisan yang terlalu buruk dan sukar dibaca, kekerapan kesalahan dalam ejaan dan tanda bacaan, menulis huruf terbalik dan membuat urutan dan arah yang salah dan idea yang tidak berkembang dan penyusunan idea yang tidak teratur. Selain itu, mereka tidak dapat menyebut huruf-huruf dengan tepat dan selalu meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis. Itulah beberapa ciri bagi kanak-kanak slow learner yang saya dapat kongsikan bersama.




LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK BERMASALAH INI :
  • Membawa berjumpa dengan pakar psikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya. 
  • Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi dia tetap disayangi.
  • Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi. 
  • Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. 
  • Membacakan cerita untuk anak-anak serta meluangkan masa yg lebih bersama mereka. 
  • Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika. 
  • Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni. 
  • Membuat aktiviti berkeluarga serta rajin memberi bimbingan dalam bidang akademik. 
  • Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri.
  • Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai. - Saya amalkan ciri ini dalam pengajaran saya.


Bila anda dah baca tentang disleksia dan lembam,ada antara anda yang masih keliru? Macam ada persamaan antara keduanya. Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa beza anak disleksia ini dengan anak yang lembam. Ok kat sini ada sedikit informasi yang mungkin boleh membantu kita untuk lebih memahami perbezaan tersebut.

Anak2 disleksia mempunyai :-

  • keupayaan intelek searas atau lebih.
  • aras kecerdasan 100 atau lebih.
  • kurang memahami apa yang diperkatakan dan berpengetahuan dari segi lisan.
Anak2 yang lembam mempunyai :-
  • keupayaan intelek yang terhad.
  • aras kecerdasan 70 dan kurang.
  • masalah membaca dan menulis berterusan.
Ok, dah habis dah cerita pasal sifat-sifat yang boleh dimaafkan. Sekarang kita tgk pulak ciri-ciri sikap yang negatif pada kanak-kanak ketika belajar :
  1. MALAS - Inilah sikap yg susah kita nak handle pada mereka. Secara definisinya, malas adalah suatu perasaan di mana keengganan seseorang untuk melakukan sesuatu yang seharusnya atau sebaiknya dia lakukan. Malas belajar. Malas menulis. Malas membaca. Malas bertanya. Semua ibu bapa & guru mesti tension bila ada anak mcm nie. Ramai ibu bapa yang mengeluh dan ramai juga yang kecewa dengan nilai dan prestasi anak yang kurang memuaskan di sekolah. Penyebabnya sudah pasti kerana si anak malas belajar. Bahkan untuk membuatnya duduk di meja belajar, kadang-kadang kita harus bersusah payah bertengkar dan membuat rundingan terlebih dahulu dengan si anak. Jarang anak yg malas menangis saat disuruh belajar tetapi mengamuk ada la. Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita pun mudah memberi hukuman dan membanding-bandingkannya dengan anak yang lain yang dirasa memberikan kita harapan yg tinggi.
   2. TIDAK HORMAT PADA GURU - Kalau seseorang kanak-kanak itu hilang rasa hormat pada gurunya, berkemungkinan besar juga dia tiada rasa hormat pada ibu bapanya serta org2 yang lebih dewasa drpd mereka. Kenapa masalah ini terjadi pada mereka pada zaman sekarang? Masalah ini disebabkan disiplin dan peraturan sekolah yang terlalu lemah dan longgar. Pelajar sudah mula pandai melawan guru, tidak hormat kepada guru dan memperlecehkan guru. Ya, memang kebanyakkan yg mengalami masalah ini adalah daripada golongan remaja. Tapi, saya berasa amat-amat kecewa dan sedih kerana masalah ini juga turut terjadi pada kanak-kanak prasekolah lagi. Mereka suka mengejek guru, jika guru memarahi mereka, mereka ulang balik apa yg cikgu cakapkan dgn cara mengejek. Apabila guru masuk ke dalam kelas, mereka tak mahu bangun dengan mengucapkan selamat pagi, selamat ptg cikgu dan sebagainya. Mereka juga tak mahu mendengar cakap. Mereka suka membuat bising di dalam kelas. Bila ditegur, tak dengar cakap dan terus membuat bising. Bukan setakat bising, mereka juga suka menyentuh guru mereka dgn menarik baju, rambut atau tudung. Membuli guru. Zaman sekarang dah terbalik. Pelajar buli guru. Saya pernah alami situasi mcm nie. Malu teramat sgt. Budak-budak nie fikir mereka lebih pandai drpd kita? Memperlekehkan guru sesuka hati? Adakah sikap ini mereka lakukan juga terhadap ibu bapa mereka disebabkan hubungan sebagai 'kawan' antara anak dan ibu bapa? Jika ya, mungkin niat ibu bapa hanyalah sekadar ingin bermesra bersama mereka. Tetapi, jika amalan hubungan sebagai 'kawan' ini berterusan, adakah mereka boleh menghormati ibu bapa mereka? Wallahu'alam..saya tak ada anak namun kalau saya nak main dengan anak buah saya pun berpada-pada jugak. Antara punca masalah ini terjadi adalah :
  • Dunia menjadi semakin luas dan tanpa sempadan. Pengetahuan yang mereka perolehi menjadi semakin mudah. Oleh yang demikian, pengetahuan yang diterima telah tidak ditapis menjadikan remaja seolah-olah tahu semua perkara dan mula rasa hilang hormat pada orang tua.
  • Dunia menjadi semakin materialistik. Kesibukan ibu-bapa yang juga guru pertama kepada golongan remaja dan pelajar ini menjadikan golongan ini gagal dididik dengan sempurna dan akhirnya beban didikan diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru sekolah. Selain daripada itu rezeki yang diperolehi juga mungkin bercampur dengan sumber yang tidak bersih menjadikan pembentukan sahsiah seseorang itu menjadi tidak telus.
   3.  SUKA BERGADUH SESAMA RAKAN - Kadang-kadang situasi ini terjadi kerana ingin menarik perhatian guru di dalam kelas. Agak sukar bagi seorang guru hendak menumpukan perhatian kepada pelajar secara individu jadi kanak-kanak ini mungkin ingin mendapatkan perhatian dengan cara ini dengan sengaja. Kanak-kanak mempunyai ego yang sangat tinggi. Mereka suka mengejek kawan lain, berebut harta benda kawan, sifat tak puas hati, dendam, benci dan amarah yang meluap-luap. Ada juga yang sampai mencederakan mereka. Astaghfirullahal'azim.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak ini harus diambil berat tentang masalahnya, sikapnya yg berubah secara tiba-tiba, kemahuannya, serta ruang untuk dirinya mengenal diri sendiri. Yang pasti, sememangnya kanak-kanak ini hiperaktif, suka berkawan, suka bermain dengan alat permainan, suka merajuk, suka berlari dan melompat, periang, suka ketawa dan suka menangis meraung-raung. Fahamilah mereka, sayangilah mereka namun pada masa yang sama BERTEGASLAH pada mereka. Kena SANGAT TEGAS. Kanak-kanak zaman sekarang bukan macam kanak-kanak zaman dahulu yang sgt patuh pada ibu bapa dan guru. Kanak-kanak sekarang sgt luas ilmu pengetahuan mereka dengan adanya banyak gajet-gajet elektronik, internet serta telefon bimbit murah yg boleh didapati di mana-mana. Mereka bebas meneroka apa saja yg mereka mahu di dalam internet. Kanak-kanak prasekolah la yg paling beruntung sbb mereka boleh main handphone, ipad, ipod sejak kecil lagi bahkan mereka dah pandai menggunakannya. Pesanan saya untuk diri saya dan anda semua para ibu bapa, awasilah anak anda. Terapkan ilmu pendidikan di dalam gajet-gajet anda jika anda tak mahu anak anda ketinggalan dalam bermain alat-alat teknologi canggih ini.

Sekian saja daripada saya, semoga apa yg saya kongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua, para ibu bapa dan guru. Tangan nie dah penat menaip dah. Sedar-sedar dah 4 jam saya taip post nie. Kita jumpa lagi di post-post yg akan dtg. Selamat malam semua. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment